Akaun menatesteakhub.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Me'nate Infaq Ramadan

JOM INFAQ RAMADAN BERSAMA ME'NATE STEAK HUB

Sukacita kami dari Me'nate Steak Hub ingin membuka peluang kepada anda semua untuk berinfaq sempena bulan Ramadan ini dengan menawarkan pakej infaq bermula dengan seiklas hati anda. Selain daripada menggandakan solat, membaca Al-Quran dan amalan lain kita jangan lepaskan peluang untuk gandakan amalan sedekah di bulan yang mulia ini kerana kita tidak tahu adakah ini bulan Ramadan terakhir untuk kita semua. Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk kita manfaatkan Ramadan kali ini sebaik-baiknya. Semoga Ramadan anda kali ini lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya.

Kemanakah Sumbangan Disalurkan?

Sumbangan–sumbangan anda akan disalurkan kepada golongan-golongan yang memerlukan seperti golongan asnaf, warga tua, pelajar tahfiz dan juga anak-anak yatim dengan jamuan berbuka puasa .


"Bersedekah yang paling utama adalah bersedekah di bulan Ramadhan."

(Riwayat At-Tarmidzi)

___
Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:


مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا


Maksudnya: “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)


Kami ucapkan جزاكم الله خير الجزاء

"Semoga Allah membalas dengan sebaik-baik pembalasan"

kepada mereka yang telah berinfaq.